Felda LB Johnson ialah sebuah kawasan penempatan berkelompok. Ia telah dimajukan pada 1961. Penempatan peneroka telah bermula pada tahun 1963, di mana seramai 122 orang telah ditempatkan di Peringkat 1, 126 orang di Peringkat 2,107 orang,di Perinngkat 3 dan 96 orang di Peringkat 4 dan 5. Sekolah Kebangsaan LB Johnson telah dibuka pada tahun 1964 dengan sebanyak 3 blok bangunan. Oleh kerana murid-muridnya semakin bertambah maka sekolah ini telah diperbesarkan dengan satu blok dua tingkat. Pada tahun 1990 sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk pembinaan satu lagi blok menjadikan kesemuanya 5 blok bangunan. Sehingga kini terdapat 2 bilik pra- sekolah sekali dengan dapur ,12 buah bilik darjah, 1 makmal sains,blok kantin,pusat sumber sekolah dan bilik BBm,sebuah pejabat sekolah,bilik guru-guru penolong kanan dan bilik guru besar. Disebabkan generasi kedua penduduk Felda LB Johnson tidak lagi tinggal di rancangan ini maka murid-murid telah berkurangan semula daripada 451 orang murid pada tahun 1990 kepada 322 orang murid pad abulan Januari 1998. Kebanyakan murid-murid yang terdapat di sekolah ini hari ini adalah terdiri daripada cucu-cucu peneroka yang mana kebanyakan ibubapa mereka adalah pekerja kerajaan dan kilang-kilang kawasan Kuala Lumpur,Seremban dan Nilai. |